Skip to main content

Majlis Perpisahan Puan Firdawaty dan Majlis Berbuka Puasa Bersama Keluarga MRS Jasin

Majlis Perpisahan Puan Firdawaty dan Majlis Berbuka Puasa Bersama Keluarga MRS Jasin


Khamis, 23 Jun 2016 - Mahkamah Rendah Syariah Daerah Jasin, Melaka telah menganjurkan Majlis Perpisahan Hakim Syarie Puan Firdawaty Binti Mohammad dan Majlis Berbuka Puasa Bersama Keluarga Mahkamah Rendah Syariah Daerah Jasin bertempat di Qasreena Café, Taman Puncak Bukit Katil, Melaka.

Majlis Perpisahan Puan Firdawaty dan Majlis Berbuka Puasa Bersama Keluarga MRS Jasin

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Tuan Abu Suffian bin Abu Yaziz selaku Ketua Pendaftar Mahkamah Syariah Negeri Melaka dan diikuti oleh ucapan Puan Firdawaty Binti Mohammad selaku pegawai yang dirai. Majlis ini turut dihadiri oleh ahli keluarga pegawai dan kakitangan Mahkamah Rendah Syariah Daerah Jasin, Melaka.

Majlis Perpisahan Puan Firdawaty dan Majlis Berbuka Puasa Bersama Keluarga MRS Jasin

Tuan Abu Suffian bin Abu Yaziz menyampaikan cenderamata kepada Puan Firdawaty Binti Mohammad sebagai tanda ingatan dan penghargaan daripada Mahkamah Rendah Syariah Daerah Jasin, Melaka. Majlis diteruskan dengan program berbuka puasa bersama keluarga Mahkamah Rendah Syariah Daerah Jasin.

Majlis Perpisahan Puan Firdawaty dan Majlis Berbuka Puasa Bersama Keluarga MRS Jasin

Majlis Perpisahan Puan Firdawaty dan Majlis Berbuka Puasa Bersama Keluarga MRS Jasin

Puan Firdawaty Binti Mohammad telah mula bertugas di Mahkamah ini pada bulan Mac 2012 sehingga Jun 2016. Beliau telah melaporkan diri ke Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor pada 27 Jun 2016 sebagai Hakim Wanita Pertama di Selangor dan kami mengucapkan syabas dan selamat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan cemerlang di tempat baru.

Majlis Perpisahan Puan Firdawaty dan Majlis Berbuka Puasa Bersama Keluarga MRS Jasin

 

Berita Oleh : Pn. Ramlah binti Kassim