Skip to main content

Khamis, Januari 29, 2026 | 10 Syaban 1447

Piagam Pelanggan

Selaras dengan komitmen Mahkamah Syariah Negeri Melaka untuk menyediakan perkhidmatan yang berteraskan kualiti kepada pelanggan, kami berjanji untuk menyediakan perkhidmatan mengikut tempoh masa seperti berikut :

Bil
Perkhidmatan
Tempoh Masa
1

Pelanggan akan diberikan tarikh sebutan/bicara/Majlis Sulh pada hari yang sama selepas permohonan yang lengkap didaftarkan

1 Hari
2

90% kes yang didaftarkan akan disebut/dibicara/ Majlis Sulh dalam tempoh 21 hari selepas didaftarkan

21 Hari
3

Memastikan kes Sulh dapat diselesaikan dalam tempoh 3 bulan

3 Bulan
4

Mengeluarkan 90% Perintah Faraid dalam masa 14 hari selepas dibuat pembahagian hak waris

14 Hari
5

Mengeluarkan salinan bersih Perintah Mahkamah dalam masa 14 hari selepas perbicaraan setelah menerima permohonan pihak-pihak

14 Hari
6

Pendengaran sesuatu kes rayuan akan mula didengar dalam masa 3 bulan selepas Rekod Rayuan lengkap disempurnakan oleh pihak-pihak

3 Bulan