Skip to main content

Kempen A

Sertai Kempen Follow, Like & Share Kami! 📢 Kuiz Zakat, Silang Kata Zakat & Spot & Menang!

Inilah peluang anda Menang & Menambah Ilmu! Setiap minggu, sertai Interaktif Zakat seperti Kuiz, Spot & Menang dan Silang Kata yang menyeronokkan sambil menguji pengetahuan anda tentang zakat dan dunia sekitarnya. Bukan sekadar permainan, tetapi ruang untuk belajar, berfikir dan menang hadiah menarik!

Ikuti langkah mudah, kongsikan penyertaan anda dan ajak rakan-rakan untuk turut serta. Jadilah sebahagian daripada komuniti yang celik zakat, bijak beramal dan peka terhadap ilmu.

Tempoh Kempen

Aktiviti Interaktif Zakat akan berlangsung pada 3 November 2025 dan 23 November 2025, bermula pada jam 12.00 tengah malam (00:00 MYT) dan berakhir pada jam 11.59 malam (23:59 MYT) bagi kesemua tarikh berkenaan. Kesemua tarikh tersebut termasuk dalam Tempoh Kempen (“Tempoh Kempen”). Sebarang penyertaan yang diterima selepas tempoh yang ditetapkan tidak akan diambil kira bagi pusingan minggu berkenaan.

Kuiz Zakat                  : 3 – 9 November 2025

Silang Kata                : 10 – 16 November 2025

Spot & Menang!        : 17 – 23 November 2025

Kelayakan

  1. Terbuka kepada warganegara Malaysia dan penduduk tetap yang mempunyai akaun media sosial Facebook yang sah, aktif dan didaftarkan atas nama sendiri.
  2. Kakitangan Zakat Perak Al Ridzuan tidak layak menyertai kempen ini.
  3. Setiap peserta hanya layak untuk satu penyertaan sahaja bagi setiap minggu kempen.

Cara Penyertaan

Penyertaan bagi kempen ini adalah mengikut cara berikut:

Aktiviti

Cara Penyertaan

Kuiz Zakat

3 – 9 November 2025

Peserta perlu melengkapkan semua langkah berikut:

a)     Follow akaun Facebook rasmi Zakat Perak Al Ridzuan.

b)     Like & Share hantaran kempen ke profil Facebook peserta dan tetapkan Public.

c)      Jawab kuiz mingguan dan hantar jawapan bersama butiran peribadi (Nama Kempen, Nama, No. KP, Alamat, No. Telefon & Emel) melalui mesej di Facebook rasmi Zakat Perak Al Ridzuan.

d)      Komen pada hantaran kempen:

“Saya dah join silang KUIZ ZAKAT… Kome bila lagi? Jom tambah ilmu sama-sama!”

serta TAG sekurang-kurangnya 5 orang rakan di ruangan komen beserta hashtag #KuizZakat #ZakatPerakAlRidzuan #TeduhRezeki

Silang Kata Zakat

10 – 16 November 2025

Peserta perlu melengkapkan semua langkah berikut:

a)     Follow akaun Facebook rasmi Zakat Perak Al Ridzuan.

b)     Like & Share hantaran kempen ke profil Facebook peserta dan tetapkan Public.

c)       Jawab kuiz mingguan dan hantar jawapan bersama butiran peribadi (Nama Kempen, Nama, No. KP, Alamat, No. Telefon & Emel) melalui mesej di Facebook rasmi Zakat Perak Al Ridzuan.

d)      Komen pada hantaran kempen:

“Saya dah join SILANG KATA zakat… Kome bila lagi? Jom tambah ilmu sama-sama!”

serta TAG sekurang-kurangnya 5 orang rakan di ruangan komen beserta hashtag #SilangkataZakat #ZakatPerakAlRidzuan #TeduhRezeki

Spot & Menang!

17 – 23 November 2025

Peserta perlu melengkapkan semua langkah berikut:

a)     Follow akaun Facebook rasmi Zakat Perak Al Ridzuan.

b)     Like & Share hantaran kempen ke profil Facebook peserta dan tetapkan Public.

c)       Jawab kuiz mingguan dan hantar jawapan bersama butiran peribadi (Nama Kempen, Nama, No. KP, Alamat, No. Telefon & Emel) melalui mesej di Facebook rasmi Zakat Perak Al Ridzuan.

d)      Komen pada hantaran kempen:

“Saya dah join SPOT & MENANG… Kome bila lagi? Jom tambah ilmu sama-sama!”

serta TAG sekurang-kurangnya 5 orang rakan di ruangan komen beserta hashtag #Spot&menangzakat #ZakatPerakAlRidzuan #TeduhRezeki

Hadiah

Hadiah yang disediakan bagi kempen ini berbentuk tambah nilai Touch ‘n Go eWallet dengan nilai seperti berikut:

Kategori Hadiah

Kuiz Zakat

3 – 9 November 2025

Silang Kata Zakat

10 – 16

November 2025

Spot & Menang

17 – 23 November 2025

Tempat Pertama

RM150.00 x 1 orang

RM150.00 x 1 orang

RM150.00 x 1 orang

Tempat Kedua

RM100.00 x 1 orang

RM100.00 x 1 orang

RM100.00 x 1 orang

Tempat Ketiga

RM70.00 x 1 orang

RM70.00 x 1 orang

RM70.00 x 1 orang

Tempat Keempat

RM50.00 x 1 orang

RM50.00 x 1 orang

RM50.00 x 1 orang

Tempat Kelima

RM30.00 x 1 orang

RM30.00 x 1 orang

RM30.00 x 1 orang

Tempat keenam – Kesepuluh

RM20.00 x 5 orang

RM20.00 x 5 orang

RM20.00 x 5 orang

Terma & Syarat

  1. Kempen ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang menyertai aktiviti interaktif ZAPAR seperti Kuiz Zakat, Silang Kata, dan Spot & Menang! yang dianjurkan melalui platform media sosial (Facebook) rasmi ZAPAR.
  2. Penyertaan mudah boleh dilakukan melalui saluran media sosial rasmi ZAPAR.
  3. KLIK DISINI untuk melihat terma dan syarat penuh Kempen Follow, Like & Share #Interaktif Zakat: Kuiz, Silang Kata & Spot & Menang!
  4. Tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh Zakat Perak Al Ridzuan (ZAPAR).

Soalan Lazim

Bil.

Soalan

Jawapan

1.

Apakah Kempen Wakaf@Zakat Perak Al Ridzuan?

Kempen ini adalah inisiatif ZAPAR untuk menggalakkan orang ramai menyumbang wakaf minimum RM30 bagi menyokong projek pembangunan ummah. Setiap sumbangan wakaf membantu memberi manfaat berterusan kepada masyarakat yang memerlukan.

2.

Bila tempoh kempen?

Bermula pada 01 Disember 2025 jam 12.00 tengah malam (00:00 MYT) dan akan tamat pada 31 Disember 2025 jam 11.59 malam (23:59 MYT) (“Tempoh Kempen”).

3.

Siapakah yang layak menyertai?

Semua individu yang berwakaf minimum RM30 melalui saluran rasmi ZAPAR sepanjang tempoh kempen.

4.

Bagaimana cara menyertai?

Hantar salinan resit bayaran beserta butiran diri melalui emel di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

5.

Berapa banyak penyertaan dibenarkan bagi setiap peserta?

Setiap peserta dibenarkan menghantar lebih satu (1) penyertaan sepanjang tempoh kempen.

6.

Apakah hadiah yang ditawarkan?

Pemenang akan menerima Gold Bar 0.25 gram edisi terhad “Teduh Rezeki”.

7.

Bolehkah saya menukar hadiah atau menerima hadiah lain?

Tidak, hadiah tidak boleh dipindah milik, ditebus, atau ditukar dengan wang/barangan lain. ZAPAR berhak menukar hadiah dengan nilai setara jika perlu.

8.

Bagaimana pemenang dipilih?

Melalui cabutan rawak daripada peserta yang sah dan lengkap mengikuti semua syarat penyertaan.

9.

Bila pemenang akan diumumkan dan hadiah diserahkan?

Pemenang diumumkan selepas tarikh tamat kempen, dan hadiah akan diserahkan atau dihantar dalam tempoh 30 hari bekerja.

10.

Bagaimana sekiranya ZAPAR tidak dapat menghubungi pemenang?

Sekiranya pemenang gagal dihubungi, tidak menuntut hadiah, atau hilang kelayakan, ZAPAR berhak memberikan hadiah kepada peserta lain yang layak.

11.

Adakah saya perlu membayar kos tambahan untuk menerima hadiah?

Tidak. Hadiah diberikan “seadanya”, sebarang kos lain seperti pengangkutan, perjalanan atau penghantaran adalah tanggungjawab peserta sendiri.

12.

Adakah saya boleh memilih tarikh atau cara terimaan hadiah?

Tidak, semua hadiah akan diagihkan mengikut proses dan kaedah terimaan yang ditetapkan oleh ZAPAR. Pemenang akan dihubungi, dan hadiah akan diserahkan mengikut kesesuaian yang ditentukan oleh ZAPAR.

13.

Siapa yang boleh saya hubungi jika ada pertanyaan?

a)     Talian rasmi: 011-6748 9000/019-229 4780

b)     E-mel rasmi: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Apakah Kempen Wakaf@Zakat Perak Al Ridzuan?

Kempen ini adalah inisiatif ZAPAR untuk menggalakkan orang ramai menyumbang wakaf minimum RM30 bagi menyokong projek pembangunan ummah. Setiap sumbangan wakaf membantu memberi manfaat berterusan kepada masyarakat yang memerlukan.

Bil.SoalanJawapan